‘Tak mahu patah balik ke tahun 2016, saya gembira sekarang’

PENYANYI Shila Amzah menyifatkan tahun 2016 sebagai tempoh sengsara buat dirinya termasuk fasa menetap di Hong Kong.

Menurut Shila, 36, dia juga tidak akan sesekali kembali ke tahun tersebut sekiranya diberikan peluang namun tidak menyatakan secara terperinci kesengsaraan yang dilalui.

“Sejujurnya saya tak mahu kembali ke tahun 2016.

Saya menetap di Hong Kong, menyedihkan,” katanya dalam platform Threads.

Ujarnya lagi, kehidupannya kini semakin baik selain gembira dengan setiap perkara dilakukan.

“10 tahun kemudian adalah satu rahmat, saya sihat secara mental dan fizikal.

“Saya gembira dengan di mana saya berada sekarang.

Namun kalau ada satu perkara nak beritahu diri sendiri pada tahun 2016, ‘saya terharu awak sangat kuat bertahan untuk semuanya'” katanya lagi.

Difahamkan, pada tahun 2016, Shila aktif mencipta nama di China termasuk Hong Kong sehingga berjaya meraih populariti luar biasa di sana.

Dia berkata demikian selepas tular trend dalam media sosial apabila orang ramai mengimbau kehidupan masing-masing pada tahun 2016 iaitu 10 tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok