KERAP betul nama pelakon Zara Zya memanas sejak kebelakangan ini.
Jika tidak mengenai perjuangannya sebagai pesakit kanser, pasti ada konten lucu atau luahan perasaan yang dikongsi dalam media sosial.
Paling baharu, Zara meluahkan dia menyimpan hasrat untuk memiliki pasangan tetapi sayangnya belum ada lelaki yang mahu mendekati.
“Semua orang ada impian, saya pun ada, ingin mempunyai pasangan.
“Tapi nak buat macam mana, belum ada yang sudi datang jumpa dan ‘approach’. Saya ini menyeramkan kot,” katanya.
Alahai lucu pula Diva baca Zara melabel dirinya sebagai wanita yang ‘seram’ sedangkan dia adalah individu yang sangat lucu.
Tapi tak mengapa Zara, kalau tiada yang mendekati ketika ini, mungkin lebih baik lambat daripada tersalah pilih suami yang tidak bertanggungjawab. Orang kata, biar lambat asal bahagia.
Harap impian Zara itu akan tertunai tahun ini dan ada lelaki yang ‘approach’ seterusnya menjadi pasangan hidup.
DIVA: Konsert Ella pun sudah umumkan warna tema, serba ungulah peminat Ratu Rock nanti.
