Jefri Nichol jadi ‘pekerja’ kilang kondom di Pontian

PELAKON terkenal Indonesia, Jefri Nichol mencuri tumpuan netizen Malaysia selepas berkongsi momen berada di Pontian, Johor.

Menerusi video dan foto dalam Instagram Story miliknya, Jefri dilihat melawat kilang pembuatan kondom di mana dia bertindak selaku duta untuk jenama produk tersebut.

Pelakon filem Ali Topan itu turut berkongsi pengalamannya menjadi salah seorang pekerja kilang dengan memeriksa kualiti kondom yang dihasilkan.

Ternyata susah untuk menguji sama ada terdapat lubang pada setiap kondom yang dihasilkan. Harus diuji satu persatu. Setiap pekerja harus menguji 12,000 kondom dalam satu ‘shift’. Ada tiga ‘shift’ dalam sehari,” tulisnya.

Selain berkongsi pengalamannya di kilang tersebut, bekas kekasih Ameera Khan itu juga memuat naik foto membeli durian di tepi jalan.

Netizen yang terkejut melihat kehadiran aktor sensasi itu di Pontian sempat berseloroh memintanya untuk mencuba makanan tempatan iaitu burasak.

Malah ada juga netizen yang baru mengetahui kewujudan kilang pembuatan kondom di negeri selatan tanah air itu.

“Walaupun aku orang Johor tapi aku baru tahu di Johor ada kilang kondom. Terima kasih Jefri,” komen netizen.

Kehadiran Jefri ni Malaysia bukanlah perkara baru. Sebelum ini dia sudah beberapa kali berkunjung ke sini untuk mempromosikan filem lakonannya dan bertemu bekas kekasihnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok