SELEPAS dikecam berkorset pada usia 12 tahun, anak Kim Kardashian iaitu North West sekali lagi mengundang perhatian apabila menggayakan rambut palsu biru lengkap perhiasan kuku serta persalinan persis orang dewasa.
Gara-gara imej baharu dikongsikan dalam Instagram itu, netizen menyelar Kardashian membiarkan puteri sulungnya itu tua sebelum waktu.
West turut dilihat menindik hidung yang disifatkan ramai tidak sesuai dengan usianya selain dikatakan terlampau ‘daring’.
Menerusi hantaran dikongsikan dalam Iaman sosial yang didakwa dipantau ibu bapanya, West memakai jaket denim bersama skirt mini dan kasut putih.
Dalam video lain, West bersama seorang rakan melakukan beberapa aktiviti santai dengan imej baharu itu.
Begitupun, kebanyakan komen netizen mengkritik cara Kim Kardashian membentuk keperibadian dan penampilan puterinya itu.
Rata-rata mendakwa Kim terlalu memberi kebebasan sehingga anaknya itu tersalah memilih gaya bersesuaian.
