63
GELAGAT Datuk Remy Ishak yang suka mengusik rakan selebriti lain mencuri perhatian ramai dalam media sosial baru-baru ini.
Remy dalam sebuah video InstaStory sempat bertanya dalam nada gurauan kepada Kamal Adli mengenai perubahan berat badannya yang semakin kurus.
“Kau nampak kuruslah Kamal, buat apa?
Saya dan Syafiq Kyle setuju Kamal sudah berubah, kalian semua setuju tak Kamal Adli is a new Kamal?” soalnya.
Remy turut meletakkan kotak undian sama ada netizen bersetuju atau tidak.
Difahamkan, Remy, Kamal dan Syafiq kini menjalani penggambaran filem Takluk 2: Ops Daulat.
