13
KETIKA trend ‘Jamilah’ memudar, Que Haidar sekali lagi mencairkan hati ramai wanita apabila memuat naik video menyanyikan lagu Perawan Atau Janda dalam media sosial.
Menerusi video tersebut, Que yang menyanyikan lagu milik Cita Citata itu hanya memaparkan bahagian wajahnya tetapi tetap berjaya membuatkan ramai netizen wanita tidak senang duduk.
Majoriti netizen menyifatkan Que sebagai lelaki yang semakin berusia semakin kacak.
“Lepas Jamilah, dia muncul pula dengan Perawan Atau Janda. Cukup-cukuplah cairkan hati saya.
“Memang ramailah janda dan anak dara seronok tengok video ini, alahai Que.
“Boleh gugur jantung sebab Que, berhentilah,” usik netizen.
