AKTOR Dwayne Johnson mendedahkan kehidupan zaman kanak-kanaknya sukar apabila bapanya, Wayne Douglas Bowles terjebak najis dadah.
Menurut bintang filem The Smashing Machine itu, hidupnya tertekan apabila orang tuanya kerap bergaduh tentang banyak perkara termasuk kewangan dan masalah ketagihan.
“Hubungan orang tua saya seperti gunung berapi yang boleh meletup pada bila-bila masa, keadaan itu mempengaruhi kehidupan saya.
Bapanya yang meninggal dunia lima tahun lalu merupakan peninju profesional pada era 60-an, namun bayaran diterima tidak menentu dan banyak berhabis dengan membeli dadah.
“Kami terpaksa berpindah dari North Carolina ke Connecticut disebabkan masalah kewangan tetapi ibu saya wanita yang kuat. Ketabahannya buat kami terus hidup,” ujarnya.
Terdahulu, filem lakonannya The Smashing Machine yang ditayangkan akhir tahun lalu dan berkisar kehidupan atlet seni bela diri campuran (MMA), Mark Kerr banyak mengingatkannya tentang zaman lampaunya.
