HASRAT pelakon Kamal Adli untuk bertemu dengan satu-satunya puteri kesayangan, Hawra Uqaira tidak kesampaian meskipun sudah tiba di Kuala Lumpur selepas pulang bekerja semalam.
Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Ali, 40, yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat di Kuantan, Pahang berasakan keputusannya pulang ke ibu negara tidak memberi sebarang hasil positif.
“Rancangan tidak berjaya. Tak dapat ‘dating’dengan Hawra. Sia-sia turun Kuala Lumpur.
“Maaf tiada gambar boleh diberitahu (buat masa sekarang),” katanya dalam platform Threads.

Tangkap layar hantaran Kamal Adli berhubung kegagalan bertemu anak tersayang di KL baru-baru ini.
Perkongsian tersebut seterusnya mengundang pelbagai reposns positif dan kata-kata semangat kepada Kamal agar tidak berhenti berusaha untuk bertemu anak tersayang.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam Kamal hari ini.
Terdahulu, Kamal berkahwin dengan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Namun, pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025. – HIBGLAM
