Saya ‘age gracefully’, sejajar usia – Zizan Nin

FIZIKAL dicemuh sebilangan pihak hanya kerana semakin berisi, pelakon Zizan Nin tidak melatah sebaliknya mengakui diri tidak selama-lamanya kekal muda.

Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 52, menegaskan dirinya menua sama seperti orang lain dan bersyukur masih dipanjangkan usia.

“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast (audio siar).

Respons saya begini. Saya age gracefully (menua dengan tenang dan positif) sejajar dengan usia.

“Kita semua menua, bukan makin muda. Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” coretnya dalam satu hantaran di Threads.

Terdahulu, Zizan yang cukup dikenali menerusi drama seperti Dunia Baru dan Cinta Medik itu muncul dalam sebuah podcast di YouTube.

Penampilan Zizan dalam program audio siar berkenaan menerima kritikan apabila segelintir netizen mempersendakannya dengan menyamakan imejnya seperti hero filem Tamil.

Tidak kurang, ada yang memperlekehkan wajahnya yang tidak lagi kacak seperti awal kemunculan suatu ketika dahulu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok