PELAKON terkenal Indonesia, Jefri Nichol dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan pempengaruh kontroversi, Jule apabila foto mereka berdua dirakam di Bali.
Foto serta video Jefri dan Jule kini tular dalam media sosial selepas disebarkan netizen yang mendakwa nampak mereka berhibur di sebuah kelab di pulau peranginan terkenal itu.
Apa yang mencuri perhatian ramai, Jule atau nama sebenarnya Julia Prastini dilihat tidak lagi memakai hijab dan berpenampilan seksi.
Ramai netizen terutamanya warga Indonesia kecewa melihat Jefri bersama Jule dan meluahkan rasa simpati terhadap Ameera yang pernah berpacaran dengan Jefri.
“Jefri benar-benar ‘downgrade’ daripada Ameera kepada Jule. Mereka berdua bagai langit dengan bumi,” komen netizen.
Sebelum ini Jule pernah mencipta kontroversi di Indonesia apabila memilih untuk meninggalkan suaminya yang berasal dari Korea serta tiga anak mereka demi lelaki lain.
Kemudian dia sekali lagi menjadi tular gara-gara dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan pempengaruh asal Malaysia, Aya Balqis dan atlet Muay Thai, Yuka.
Jefri pula pernah menjadi perhatian netizen Indonesia dan Malaysia sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Ameera. Namun hubungan mereka dipercayai sudah berakhir beberapa bulan lalu.
Ameera pula dikatakan sedang mengenali seorang lelaki berstatus VIP selepas berkongsi foto lelaki tersebut dalam Instagram.
Namun dia tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut. – HIBGLAM
