Selepas Porsche, Ammar Ahyan dapat Rolex pula

BERTUAH badan, selepas dihadiahkan bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri sebuah kereta jenama Porsche 718 Cayman, pempengaruh Ammar Ahyan dapat pula seutas jam tangan Rolex.

Menurut ayahnya yang juga ahli perniagaan popular, itu merupakan Rolex pertama remaja berusia 17 tahun itu, malah menerusi video dikongsikan ayahnya harga barangan tersebut sekitar RM250,000.

Terbeliak mata Diva sekejap. Apa pun Diva tumpang gembira walaupun cuma mampu tengok dari jauh sahaja menerusi paparan video beberapa saat itu.

Kiranya sambil pusing Eropah, keluarga usahawan tersohor itu sempat ‘usha’ hadiah untuk anak sulung mereka yang rajin bantu ibu bapa berniaga.

Selepas ini difahamkan anak ketiga mereka pula bakal menerima jam tangan jenama sama. Alahai seronoknya. Katanya value jam itu sentiasa ada.

DIVA: Bagusnya, Sharifah Shahirah siap bawa anaknya, Auddra atau Odda menunaikan zakat sebelum 2025 berakhir. Boleh jadi inspirasi!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok