LAMA Diva tak dengar cerita tentang Baby Shima, selalunya ada sahaja gosip panas mengenai penyanyi tersebut.
Namun, entah kenapa sejak kebelakangan ini nama Shima agak sepi, mungkin netizen terlalu banyak dilambakkan dengan cerita perceraian artis lain.
Tetapi Diva tetap nak selit pujian mengenai penampilan terbaharu Shima yang berambut pendek. Nampak semakin muda!
Penampilan tersebut turut meraih pujian peminat yang berpendapat Shima kelihatan seperti gadis remaja selepas berambut pendek.
“Sesuai pula imej rambut pendek dengan Shima, makin lawa!
“Ingatkan penyanyi mana tadi, rupa-rupanya Baby Shima, comel,” puji netizen.
Mungkin dia boleh kekalkan imej rambut pendek sebegitu dalam tempoh yang lama sebab ramai pula suka.
DIVA: Untuk 2026, wahai artis semua jangan sebar aib bekas atau pasangan dalam media sosial. Cuba cerdik!
