PENGARAH dan aktor Hollywood, Tyler Perry yang dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelakon baharu, Mario Rodriguez menyifatkan dirinya difitnah dengan tuduhan jijik.
Bintang filem Madea’s Destination Wedding itu mendakwa tuduhan Rodriguez, 40, hanya bermotifkan wang memandangkan kes yang dibawa ke mahkamah itu membabitkan insiden sekitar 2015 hingga 2019.
Rodriguez mendakwa kejadian itu berlaku di lokasi peribadi dan bukan di set penggambaran, termasuk sentuhan fizikal yang dilakukan tanpa persetujuannya.
Antara perincian dalam dokumen saman difailkan Rodriguez, Perry dikatakan menyentuh kemaluannya berulang kali yang mencetuskan trauma berpanjangan.
Begitupun, Perry, 52, mungkin berhadapan kesukaran kerana bukan kali pertama dia berhadapan tuduhan sama kerana sekitar awal tahun ini seorang lagi pelakon turut tampil memfailkan saman berasingan dengan dakwaan gangguan serta serangan seksual. – HIBGLAM
