SEJUK mata tengok keceriaan penyanyi Aina Abdul ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, tempoh hari.
Bukan apa, pelantun lagu Jangan Mati Rasa itu dilihat sempat mengagihkan duit poket kepada ahli keluarganya sebelum berlepas ke Thailand.
Bukan hanya abang mahupun ipar duai, anak-anak saudara yang sudah besar pun diberikan mata wang Baht untuk membeli-belah.
Perkara itu dikongsikan anak saudaranya di laman sosial yang turut mendoakan ibu saudaranya terus dilimpahkan rezeki.
Nampaknya memang Aina seorang wanita yang sangat mengutamakan ahli keluarga, patutlah rezekinya sentiasa murah.
Kita yang tengok ni macam-macam perasaan yang timbul, tumpang gembira pun ada, sayu pun ada. Kan?
DIVA: Bercerai tak bermakna kena bermusuh kan?
