Setiaku Berdiri, perjuangan isteri jejak suami hilang

PENUH tragis dan dibanjiri dengan air mata, itu yang dapat membayangkan kehidupan Zulaikha lakonan Wanna Ali dalam drama Setiaku Berdiri yang kini hangat ditayangkan di Astro Prima.

Suami ‘hilang’ selepas mengalami kemalangan, Zulaikha nekad menjejaki Kamal (Nazrief Nazri) yang hilang ingatan selain sudah berkahwin dengan wanita lain.

Bermula detik itu, pelbagai dugaan dilalui Zulaikha termasuk tentangan daripada keluarga mentua.

Naskhah arahan Rashid Sibir itu turut dibintangi Sweet Qismina, Aidit Noh, Khatijah Tan dan Ali Reza.

Drama tersebut juga antara yang meraih tontonan tinggi selain memuji setiap pelakon yang menampilkan lakonan hebat dan berkesan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok