Lima artis ‘kantoi’ hamba dadah

MESKIPUN sudah memasuki kalender baharu, isu-isu tahun lalu masih menjadi sorotan ramai.

Kali ini, industri Indonesia kembali digoncang dengan siri tangkapan penyalahgunaan dadah sepanjang tahun 2025.

Meskipun pihak berkuasa terus memperketatkan kawalan, namun nama-nama besar dalam dunia seni nampaknya masih gagal meloloskan diri daripada belenggu barang terlarang ini.

HibGlam kali ini menyenaraikan beberapa selebriti yang terpalit kes penyalahgunaan dadah.

Fariz FM

LEGENDA muzik Indonesia, Fariz RM membuka tirai hitam tahun 2025 apabila ditangkap di Bandung pada 19 Februari tahun lalu.

Polis merampas bukti berupa ganja dan syabu.

Ini merupakan kali keempat pemilik nama lengkap Fariz Rustam Munaf, 66, berurusan dengan pihak berkuasa atas kesalahan yang sama sejak 2007.

Pelantun lagu Sakura itu kini dijatuhi hukuman 10 bulan penjara serta denda 800 juta Rupiah (kira-kira RM199,000).

Ammar Zoni

 


PELAKON Ammar Zoni mencatatkan rekod paling kontroversi tahun lalu.

Meskipun sedang menjalani hukuman penjara bagi kes terdahulu, pemilik nama lengkap Muhammad Ammar Akbar, didapati menjalankan operasi pengedaran syabu dan ganja sintetik dari dalam Rutan Salemba pada 8 Oktober tahun lalu.

Akibat tindakan berani mati, pelakon filem Madu Murni itu dipindahkan ke Penjara Nusakambangan yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Indonesia.

Jonathan Frizzy

KES pelakon Jonathan Frizzy pada 4 Mei tahun lalu mengejutkan ramai kerana melibatkan penyeludupan cecair vape (cartridge) yang mengandungi ‘etomidate’ atau ubat keras dari luar negara.

Pelakon yang mesra disapa Ijonk itu dikesan mengetuai kumpulan komunikasi untuk memantau penghantaran haram tersebut.

Ijonk, 43, dijatuhi hukuman lapan bulan penjara selepas mengaku bersalah di mahkamah.

Onadio Leonardo

PETALING JAYA 24 Disember 2025 – Sesi fotografi Auddra Oddah di Studio Media Media Mulia, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PEMUZIK dan pengacara Onadio Leonardo ditangkap di Tangerang Selatan pada 30 November tahun lalu.

Onadio atau nama penuhnya Leonardo Arya ditangkap bersama isterinya dengan bahan bukti ganja dan ekstasi, namun isterinya dibebaskan selepas ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif.

Lelaki yang mesra disapa Onad itu kini sedang menjalani program rehabilitasi selama tiga bulan di Lebak Bulus.

Fachri Albar

AKTOR Fachri Albar ditangkap di kediamannya di Jakarta Selatan pada 20 April tahun lalu.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ganja, kokain dan 27 butir pil psikotropika.

Hasil ujian air kencing menunjukkan pelakon berusia 44 tahun itu positif tiga jenis bahan terlarang.

Pelakon drama Malin Kundang itu menjalani rehabilitasi selama enam bulan oleh Majelis Hakim Pengadilan Negeri Jakarta Barat kerana positif dadah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok