PENYANYI Beyonce bukan hanya menyerlah di arena nyanyian bahkan menjadi antara individu berpendapatan tinggi apabila secara rasmi disenaraikan Forbes sebagai bilionair.
Penerima lebih 30 trofi Grammy itu dilaporkan memiliki aset mencecah RM3.2 bilion dan dijangka kekayaannya akan meningkat pada tahun 2026.
Sekali gus pengumuman berkenaan meletakkan diva itu sebaris dengan beberapa selebriti lain yang terlebih dahulu bergelar bilionair termasuk Taylor Swift, Rihanna, Bruce Springsteen dan suaminya, Jay-Z.
Pendapatan terbesarnya diperolehi daripada konsert Renaissance World Tour pada 2023 yang bernilai RM2.4 bilion, sekali gus menjadikan dirinya antara bintang pop tersohor global setaraf Swift.
Dia turut meraih kekayaan menerusi konsert jelajah album Cowboy Carter yang dipasarkan pada 2024 iaitu Cowboy Carter Tour dengan anggaran pendapatan sekitar RM1.6 bilion untuk penjualan tiket sementara RM202 juta lagi hasil jualan cenderamata. – HIBGLAM
