‘Tunai janji ‘stadium tour’ pasukan Arsenal, mommy sebak’

PELAKON Rita Rudaini bersyukur dapat melunaskan janji membawa dua anaknya melawat Stadium Emirates ketika bercuti di London.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar berkata, hajat menggembirakan Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna, 15, dipermudahkan dan berharap pengalaman manis itu menjadikan mereka insan lebih baik.

“Akhirnya mommy dapat tunaikan janji kepada anak-anak untuk stadium tour (lawatan stadium). Dah lama mereka teringin.

Mommy cakap jadi anak-anak yang baik, insya-Allah Tuhan bantu dan permudahkan setiap keinginan kamu,” katanya dalam hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan keterujaan puteranya sepanjang kunjungan mereka.

Selain meninjau segenap ruang stadium yang menjadi pangkalan Arsenal Football Club sejak 2006, mereka juga merakamkan gambar serta video.

Di sinilah kita, sila nikmati saat ini. Mommy sebak,” ujarnya.

Kedua-dua anak Rita aktif bermain bola sepak dan meminati pasukan Arsenal atau disebut sebagai skuad The Gunners itu.

Ketika ini, keluarga kecil itu sedang menikmati percutian di London bersempena musim cuti sekolah.

Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan adalah anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami,
juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008. Mereka bercerai pada 2013. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok