Dinding muncul tiba-tiba dan terus ‘boom’’ – Leona

SEJAK memiliki kenderaan sendiri, macam-macam hal berlaku kepada Lelona. Sudah beberapa kali Diva dengar dia mengalami kemalangan.

Terbaharu, keretanya kembali ‘cedera’ apabila dia mengakui terlanggar dinding yang katanya wujud secara tiba-tiba.

“Saya sebenarnya sedang undur kereta, kemudian secara tiba-tiba dinding itu muncul secara ajaib dan saya terus ‘boom’ (langgar).

Oh! Tidak… kereta saya kemalangan lagi. Sekurang-kurangnya, bukan orang atau kereta lain. Hanya dinding.

“Ini tidak kelakar tetapi mungkin sebab itu kereta pertama saya bukan jenama Porsche,” katanya dalam TikTok.

Bukan tidak tumpang simpati tetapi Diva rasa terhibur dengan cara dia bercerita.

Paling lucu apabila ada netizen mengusik dia supaya memandu kereta kebal sahaja bagi mengelak berlaku kemalangan lagi.

Harap tiada lagi kemalangan ya Leona tetapi teruskan berkongsi konten yang boleh hiburkan ramai orang.

DIVA: Leona salah faham, kereta kebal disangka kereta kabel.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok