Jelitawan dilabel perempuan simpanan, kaki selingkuh!

TAHUN 2025 menyaksikan industri hiburan Indonesia digoncang dengan pelbagai khabar angin liar melibatkan selebriti wanita popular.

Paling mencuri tumpuan dakwaan penglibatan pelakon Davina Karamoy sebagai wanita simpanan bekas Menteri Pemuda dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo.

Dakwaan tersebut termasuk tuduhan perselingkuhan dan diketahui isteri Dito, Niena Kirana Riskyana yang dikatakan memfailkan permohonan cerai dan kes masih dalam perbicaraan mahkamah.

Bagaimanapun, Davina hanya memberi respons berasa keliru dengan tuduhan itu dan memilih untuk tidak melayan spekulasi. Masa sama, dia bertegas akan ambil tindakan jika fitnah berterusan.

Selain Davina, berikut senarai artis yang pernah dituduh sebagai orang ketiga.

Iris Wullur

 

PADA Julai lalu, pelakon Iris Wullur dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga seorang pegawai polis, Kompol Arif Purnama Oktora.

Dakwaan tersebut bermula selepas isteri pegawai itu, Kusuma Anggraini memuat naik bukti kecurangan suaminya.

Pemilik nama sebenar Airis Emiliana itu segera menafikan khabar angin tersebut pada 21 Julai.

Bintang berusia 30 tahun itu menjelaskan hanya mengenali Arif selama sebulan melalui komuniti sukan padel.

Pada masa sama, pelakon filem Tenggelamnya Kapal van der Wijck itu menegaskan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana menganggap fitnah tersebut mengganggu ketenteraman keluarganya.

Aura Kasih

MENJELANG penghujung Disember 2025, nama penyanyi Aura Kasih pula dipetik selepas seorang netizen mendakwa bahawa model Lisa Mariana bukanlah satu-satunya wanita dalam hidup bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil.

Netizen mengaitkan artis berinisial ‘AK’ yang pernah disyorkan Ridwan Kamil untuk bertanding dalam pilihan raya melalui parti Golkar pada 2024 adalah Aura Kasih.

Pemilik nama penuh Sanny Aura Syahrani, 38, itu bagaimanapun  tidak memberikan respons rasmi tetapi bertindak mengunci ruangan komen media sosialnya.

Celine Evangelista

PELAKON Celine Evangelista berdepan khabar angin menjadi isteri kelima seorang pegawai tinggi pada Mac 2025.

Dia bagaimanapun dengan tegas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Sebenarnya, isu berkenaan merupakan rentetan daripada kes mahkamah pada Oktober 2023, apabila namanya disebut dalam kes rasuah lombong di Sulawesi Tenggara.

Gelaran ‘Papa’ yang digunakan wanita berusia 33 tahun itu terhadap Peguam Negara, ST Burhanuddin, terus menjadi bahan usikan dan spekulasi netizen sehingga kini.

Shandy Aulia

PELAKON Shandy Aulia, 38, tidak terlepas daripada terkena tempias gosip apabila dituduh menjadi wanita simpanan seorang pegawai tinggi Badan Narkotika Nasional (BNN).

Berbeza dengan artis lain, Shandy atau nama lengkapnya Nyimas Shandy Aulia memilih untuk berdiam diri dengan tidak memberikan sebarang kenyataan balas.

Malah, dia bertindak menutup ruangan komen dalam Instagram miliknya bagi mengelakkan serangan netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok