Terima ugutan, komen jijik, Aaron Aziz buru pelaku

AKTOR Datuk Aaron Aziz berang apabila menjadi sasaran komen biadab seorang individu di laman sosial yang disifatkan melampaui batas.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, dia tidak boleh berkompromi dengan perbuatan tidak beretika itu, apatah lagi pelaku turut mengecam ahli keluarganya.

Boleh tak sesiapa yang kenal orang ini (maklumkan saya). Biadab dan kurang ajar!

“Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tetapi orang masih suka mencari masalah,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon filem Banduan itu turut menunjukkan paparan akaun Facebook individu yang mengganggunya berserta komen jahat dilemparkan.

Tidak diketahui punca, pelaku dengan kasar mendesak agar Aaron pulang ke negara kelahirannya iaitu Singapura.

Lebih menjijikkan, pelaku dengan megah mengugut mahu melakukan perkara tidak senonoh terhadap isteri aktor terbabit, Datin Diyana Halik serta anak-anak mereka.

Pada masa sama, Aaron menzahirkan rasa kesal apabila situasi sebegitu sudah dinormalisasikan dalam kalangan pengguna media sosial dan kemudian akan disusuli dengan permohonan maaf.

Lepas itu buat video minta maaf,” katanya lagi.

Dalam hantaran tersebut bapa kepada tiga cahaya mata itu turut meminta orang ramai menjejaki pemilik akaun FB itu selain meminta bantuan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok