Bersemut! Luahan hati Nedim buat Nadia Brian…

HANTARAN ‘bersemut’ bekas suami pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang ditujukan kepada wanita yang kini akrab dengannya, Nadia Brian dalam laman sosial sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Perkongsian Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned itu merupakan petanda dua figura popular itu semakin terbuka menjalin hubungan yang disifatkan ramai lebih daripada rakan biasa.

She is the reason my bad days don’t win,” tulisnya dalam Instagram.

Susulan itu, sebilangan netizen juga memuji sikap lelaki budiman yang ditunjukkan duda terhangat itu apabila tidak menyembunyikan keakraban mereka.

Pada masa sama, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, turut membalas hantaran berkenaan.

Kegembiraan bukan satu pertandingan. Ingat tu,” balasnya ringkas namun penuh makna.

Sebelum ini, ketika ditanya media mengenai Nedim, Nadia mengakui mereka baru berkawan sebulan dan masih dalam proses mengenali hati budi.

Minggu lalu, Nedim terlebih dahulu memuat foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen ‘A little piece of my heart lives here’ (secebis hati saya tinggal di sini) di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai apatah lagi Nedim juga turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.

Aktres itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan sebelum bercerai pada April 2020.

Manakala Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 tetapi berpisah secara baik sekitar April tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok