SEJAK akhir-akhir ini, Diva perasan Diana Danielle kerap berkongsi foto dan video bersama seorang lelaki.
Pada mulanya Diva ingatkan sekadar sahabat biasa tapi lama-kelamaan, kemesraan mereka seperti pasangan bercinta pula.
Mungkin terlalu awal untuk membuat andaian daripada video InstaStory tetapi apa yang Diva nampak, mesranya memang lain macam.
Tapi tak salah pun kalau Diana nak berkawan rapat atau ada pengganti baru sekali pun, dia memang sudah kembali solo dan itu kebebasannya sendiri.
Kalau benar-benar sudah ada pengganti, Diva doakan hubungan tersebut berjalan dengan baik dan sehingga ke jenjang pelamin ya.
Sabar ya semua, Diana pun sudah beritahu akan umum kalau sudah tiba waktunya nanti.
DIVA: Tak faham dengan manusia yang tak faham apa itu ‘human interest’. Kata bijak.
