Tiada lagi konten ‘bersemut’, Yazmin Aziz putus cinta?

SEBELUM ini, media sosial Diva kerap dibanjiri dengan konten bahagia Yazmin Aziz dengan kekasihnya yang berasal dari Filipina.

Macam-macam jenis video mereka lakukan, menari di tempat awam dan momen percutian bersama, memang terlalu  bahagia sungguh.

Tapi baru-baru ini Diva pelik sebab video-video ‘bersemut; mereka seperti tenggelam dihanyutkan bah.

Diva saja tinjau-tinjau akaun media sosial mereka, tiada lagi video dan foto bersama, adakah sudah putus cinta?
Buat konten bersama bagai nak rak tiba-tiba cinta terkandas begitu saja?

Harap bukan putus tetapi hanya mengambil ruang untuk diri sendiri sahaja.

Cuma selepas ini kalau kembali bercinta dengan sesiapa sekali pun, berpada-padalah, jangan terlalu ‘over’ dengan kekasih seperti pasangan sudah berkahwin.

DIVA: Masih kecewa tengok kostum filem Duyung: Legenda Aurora biarpun katanya gimik.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok