Hebatnya anak Erra, muda lagi dah ke Oxford

BEBERAPA hari selepas pelakon, Erra Fazira disatukan dengan usahawan, Mr. E, anak perempuannya iaitu Engku Aleesya pula dilihat terbang ke England bagi mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Oxford.

Bertuah badan, baru 16 tahun sudah berpeluang merasai pengalaman mengikuti pelbagai program di pusat pengajian berprestij di England.

Biarpun hanya seminggu, kursus Youth Fuel Global Winter Camp yang dianjurkan universiti terbabit memberi pendedahan kepada peserta remaja tentang kepimpinan serta merangsang pemikiran kritis.

Difahamkan, puteri kedua angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Mohd. Yunos, Sophea Natasha, 12, juga menyertai program sama seperti Aleesya.

Menerusi Instagram keluarganya, khalayak boleh nampak kegembiraan Engku Aleesya ketika bersama rombongan terbang ke England.

Walaupun kalau tengok yuran kos program terbabit mencecah belasan ribu ringgit, bagi Diva semua itu sangat berbaloi kerana ilmu serta pengalaman diraih tidak ternilai harganya.

DIVA: Black dan Eddie potong ‘kek’ dengan Wings, kemudian join Joe dalam Barbarik, tahniah!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok