‘Menantu kacak’ – Ibu Erra Fazira puji Ezwan Zain

SEPANJANG minggu ini, majlis pernikahan dan resepsi Erra Fazira dan Ezwan Zain antara yang memonopoli media sosial.

Sehingga hari ini, majlis perkahwinan mereka masih menjadi sebutan dan pujian ramai sehingga digelar sebagai ‘wedding of the year’.

Namun, bukan sahaja raja sehari, gelagat ibu Erra iaitu Aizah Zaik yang memuji ketampanan Ezwan turut tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Sama cantik sama padan, menantuku.

“Menantu kacak, anak saya cantik,” katanya sambil mengusap wajah Ezwan selepas usai majlis resepsi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok