Jangan menyibuk, jaga rumah tangga sendiri – Mimi Lana

PELAKON Mimi Lana menegaskan hantaran mengenai ‘perempuan’ yang dimuat naik dalam platform Threads baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak seperti didakwa segelintir netizen.

Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata, perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan buat dirinya agar tidak sesekali mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

“‘Posting’ (hantaran) ini merujuk kepada diri saya sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa.

Jadi perempuan harus selalu refleksi diri, jangan sibuk hal rumah tangga orang lain, jaga rumah tangga sendiri,” katanya.

Ujar isteri keada aktor Syafiq Kyle itu, setiap individu perlu menitipkan doa yang baik terhadap mana-mana pihak yang dilanda masalah kerana khuatir dugaan tersebut akan terpalit pada diri sendiri.

“Bila nampak orang ditimpa musibah, banyakkan berdoa untuk mereka.

“Semoga doa yang baik itu berpatah balik kepada kita. Sebab kıta tak tahu bahagian kita nanti maçam mana. Cari kedamaian, bukan perang,” ujarnya.

Rata-rata netizen turut menegur pihak lain agar tidak membuat andaian sendiri tanpa mengetahu tujuan asal sesebuah perkongsian dimuat naik dalam media sosial.

“Kasihan Mimi, kongsi benda itu tapi orang kaitkan dengan isu lain.

“Sayang Mimi, betul apa dia cakap, jangan capur urusan rumah tangga orang lain,” komen netizen.

Sejak semalam, perkongsian Mimi mengenai ‘perempuan’ itu tular sehingga ada yang mendakwa dia menyindir selebriti yang kini berdepan dengan kemelut rumah tangga.

“Kerana kau perempuan, tidak cantik tidak apa-apa.

“Asal jangan sampai miskin cara berfikir dan etika,” katanya dalam hantaran tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok