MEMILIKI aura tersendiri selepas lima kali tampil sebagai ejen 007 dalam filem James Bond, pelakon Daniel Craig mengakui lega selepas ‘bebas’ daripada watak itu.
Katanya yang menggalas karakter ikonik terbabit bermula pada 2006 menerusi Casino Royale sehingga No Time To Die (2021), kini dia berpeluang meneroka peranan lain.
Bukan tidak bersyukur, Craig, 57, menyifatkan pandangannya mengenai arena perfileman semakin meluas, selain berkesempatan mencuba karakter yang berbeza dengan sisi maskulin Bond.
Saya lebih bebas sekarang. Jika dulu saya sukar membawakan peranan yang berbeza kerana terikat dengan karisma ejen tersebut. Kini saya tidak lagi membataskan diri,” ujarnya.
Pada masa sama, aktor asal Cheshire, England itu tidak melupakan jasa produksi James Bond yang meletakkan keyakinan ramai terhadap lakonannya.
Bagi saya James Bond bukan beban sepanjang 15 tahun, sebaliknya mencabar saya untuk berani keluar meneroka peranan lain,” ujarnya. – HIBGLAM
