‘Berhenti panggil saya bekas suami Erra, panggil bapa Aleesya’

AHLI perniagaan penuh sensasi, Engku Emran sekali lagi memancing perhatian netizen apabila meminta untuk berhenti memanggilnya bekas suami Erra Fazira.

Menerusi hantaran dalam InstaStory, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, memohon agar perkara itu dihentikan dan meminta orang di luar sana memanggilnya sebagai bapa Aleesya.

Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas laki Erra. Panggil saya bapak Aleesya kan boleh,” tulisnya.

Emran juga sempat berseloroh bahawa wajahnya persis pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal.

Tak ke rasa Engku Emran bekas laki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya.

Terdahulu Emran mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi foto bersama Aleesya, Erra dan suami baharunya, Ezwan Zain sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang.

Menurut Emran, itu pertama kali dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan mengalu-alukan kedatangan lelaki Itu ke dalam keluarga mereka dengan mesra.

Untuk rekod, Emran dan Erra pernah berkahwin pada tahun 2007. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok