‘Pergi umrah pasti ada kifarah’ – Linda dedah mesej Beego?

MASIH terkilan suami tidak muncul di mahkamah, pelakon Linda Hashim mendedahkan menerima mesej dipercayai dihantar aktor Beego kepadanya yang mendoakan perkara buruk.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, memaparkan semula komen ditinggalkan lelaki terbabit dalam laman sosialnya.

“Nanti pergi umrah pasti ada kifarah. Baik atau buruk, sebab masih isterikan,” tulis Beego.

Difahamkan komen dikirim pemilik nama lengkap Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, adalah bagi membalas hantaran dibuat Linda di laman sosial.

Kemudian dalam perkongsian sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu secara sinis seperti mempersoalkan kewajaran seorang suami mengeluarkan perkataan seumpama itu terhadap isteri yang mahu mengerjakan umrah.

“Doa seorang suami pada isteri yang nak pergi ke rumah Allah,” katanya dalam perkongsian dibuat.

Terdahulu, pada Februari lalu aktres berkenaan memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Disember lalu
ditangguhkan ke 21 Januari 2026 susulan ketidakhadiran Beego atas alasan menghadiri urusan kematian ahli keluarganya.

Linda yang kecewa mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh punca sebenar ketiadaan lelaki terbabit
pada sesi pendengaran pengesahan lafaz taklik tersebut.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok