Nafkah tak cukup, lampin, susu semua saya beli – Uqasha Senrose

AKTRES Uqasha Senrose mendakwa suaminya, pelakon Kamal Adli gagal menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah mencukupi buatnya dan anak sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, dia terpaksa bekerja keras bagi menanggung keperluan keluarga terutama bagi membeli susu serta lampin pakai buang untuk Hawra Uqaira.

“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah (mencukupi).

“Itu (hal) yang saya tak sentuh lagi. Kalian kata kononnya dia bekerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau.

“Tak! Saya cari, saya bekerja cari duit saya sendiri,” katanya yang mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas laporan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pelakon drama Isteri Halal itu berkata, segala keperluan anak mereka juga ditanggungnya sendiri sejak dilahirkan sehingga kini hampir mencecah usia dua tahun.

“Saya yang besarkan Uqaira, saya beli bajunya sampailah dia besar sekarang.

“Diapers (lampin), susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu,” ujarnya

Pada masa sama, Uqasha menafikan dakwaan Kamal ketika di dalam kamar mahkamah yang menyatakan dia mempunyai masalah mental.

“Kalau saya tak waras, saya tak jaga anak saya sendirian. Kenapa saya susah nak bagi anak saya dekat dia pun, ada sebabnya,” katanya.

Terdahulu, Uqasha yang bergelar isteri kepada Kamal pada 4 November 2021 memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 1 Oktober lalu.

Perkahwinan mereka diserikan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok