Raisa, Hamish Daud sah cerai, sepakat jaga anak

SELEPAS memfailkan cerai pada Oktober lalu, penyanyi Indonesia Raisa kini sah bukan lagi isteri kepada pelakon Hamish Daud.

Mahkamah Agama Jakarta Selatan memutuskan perkara itu secara verstek kerana ketidakhadiran salah satu pihak.

Khabar itu disahkan peguam mewakili Raisa iaitu Putra Lubis yang turut memaklumkan Raisa dan Hamish sepakat menjaga anak tunggal mereka.

“Sudah diputuskan secara verstek. Permohohan Raisa diluluskan dan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.

“Soal hak penjagaan anak, mereka sepakat menjalankan ‘co-parenting’,” katanya.

Sebelum ini, dakwaan keretakan rumah tangga Raisa dan Hamish bertiup kencang dalam media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi peminat yang berharap perkara tersebut tidak benar.

Status rumah tangga pemilik nama lengkap Raisa Andriana, 35, mula menjadi bualan ramai apabila Hamish jarang menemaninya ke acara hiburan.

Wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel) iaitu Abid M.H mendedahkan tuntutan perceraian difailkan pihak Raisa terhadap Hamish pada 22 Oktober.

Terdahulu, Raisa Andriana, 35, dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta.

Hasl perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Zalina Raine Wyllie. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok