‘Saya benci, menyesal pernah bogel’

PELAKON terkenal Hollywood, Jessica Alba menyesali tindakan berbogel dalam filem Fantastic Four sekitar 20 tahun lalu.

Aktres berusia 43 tahun itu berkata, adegan yang memaparkan watak Sue Storm muncul tanpa seurat benang selepas kehilangan kuasa halimunannya dianggap sebagai pengalaman terburuk.

Katanya, waktu dia masih muda dan mengakui tidak mempunyai keberanian atau kuasa untuk menolak arahan produksi sehingga berdepan tekanan emosi.

Saya benci babak tersebut ketika mereka membawa watak itu kembali di atas jambatan dan dia terpaksa berbogel. la sangat teruk kerana saya dibesarkan dalam keluarga konservatif, saya menyesal,” katanya.

Imbas kembali, filem yang ditayangkan 20 tahun lalu itu mengisahkan saintis Reed Richards, angkasawan Ben Grimm, pakar genetik Sue Storm dan adiknya Johnny Storm yang memperoleh kuasa luar biasa selepas pendedahan kepada sinaran kosmik semasa misi angkasa lepas.

Mereka kemudian berubah menjadi Mr. Fantastic yang boleh meregangkan tubuh, Invisible Woman (tidak dapat dilihat), Human Torch (menyala seperti api) serta The Thing (bertubuh batu).  – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok