PENGUMUMAN Khairul Aming bakal membuka sebuah restoran, Rembayung pada Januari tahun depan membuatkan ramai rakyat Malaysia tidak senang duduk.
Rata-rata melahirkan rasa teruja kerana tidak sabar menikmati seleksi hidangan idea daripada pempengaruh terkenal tersebut.
Selain keterujaan untuk menjejakkan kaki ke Rembayung, muncul pelbagai idea unik dan lucu daripada netizen termasuk memberi cadangan nama dan tapak parkir untuk pelanggan.
“Kalau nak lebih Melayu, mungkin boleh jadi D’Rembayung, Rembayung Bistro.
“Harap ada parkir kereta bertingkat di bina di sekitar restoran, ‘confirm’ sesak dan ramai!
“Jangan pula ada yang nak cuba-cuba beratur sebab dia hanya ambil tempahan awal sahaja,” kata netizen.
Meski belum dibuka secara rasmi, restoran tersebut sudah menerima banyak reviu daripada rakyat Malaysia termasuk komen negatif. – HIBGLAM
