MENEMPA nama hampir tiga dekad lalu selepas filem Titanic meledak di seluruh dunia, bintang utamanya Leonardo DiCaprio terus menjadi buruan sehingga ke hari ini.
Begitupun, aktor berusia 51 tahun itu mengakui tidak mengaut segala tawaran yang datang, sebaliknya membuat tapisan agar setiap satu filem memberi impak.
Pada masa sama, Leonardo atau selesa disapa Leo menegaskan perkara tersebut sudah diamalkan pengurusannya sejak dulu.
“Itulah perkara yang kami jaga. Kena pastikan nilai eksklusif dengan tidak gelap mata rebut semua tawaran atau kerap muncul di luar.
Bukan bermakna kita cerewet, cuma kalau kita ada di mana-mana, buat apa penonton ke pawagam. Artis pun kena nampak mahal,” katanya.
Terbaharu, Leo bakal muncul dengan filem One Battle After Another di bawah arahan sutradara Paul Thomas Anderson. – HIBGLAM
