Raih lebih 124 juta undian, Ernie Zakri Bintang Paling Popular

MELAKAR sejarah baharu, penyanyi Ernie Zakri diumumkan sebagai bintang paling popular pada Anugerah Bintang paling Popular ke-37 di sini, malam ini.

Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, meraih undian tertinggi berjumlah lebih 124 juta sepanjang tempoh undian dibuka bermula September lalu.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya membawa pulang RM30,000 berserta trofi.

“Ya Allah, saya tak pernah jangka, terima kasih kepada semua yang mengundi.

“Jauh dari sudut fikiran nak dapat ini, saya hargai semua dan doakan agar dapat lakukan lebih baik,” katanya sebak yang tidak pernah mengjangkakan kemenangan tersebut.

Dalam acara sama, dia turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular yang sememangnya diimpikan sejak dahulu.

Sweet Qismina dan Fattah Amin pula menggondol trofi Aktres serta Aktor Filem Popular.

Manakala Haiza merangkul trofi pertama iaitu Penyampai Radio Popular mengalahkan DJ Lin, AG, Cik Piah dan DJ Sonic.

Kemenangan kumpulan KRU menerusi kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular mengetepikan saingan terdekat seperti Dolla selain membuktikan penyanyi senior masih kekal relevan selepas lebih tiga dekad.

Sementara itu, kumpulan legenda Alleycats yang popular menerusi lagu Sampaikan Salam Cintaku menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi menghargai sumbangan sebagai anak seni sejak lima dekad lalu.

Bertemakan Satu Keunggulan, ABP37 yang berlangsung di Hotel Premiera dihoskan Raja Azura dan Shiha Zikir. – HIBGLAM

Senarai pemenang:

Bintang Paling Popular ABPBH 37: Ernie Zakri

Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma

Artis Baharu Wanita Popular: Umairah

Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini

Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: KRU

Aktor Filem Popular: Fattah Amin

Aktres Filem Popular: Sweet Qismina

Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee

Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi

Aktor TV Popular: Zahiril Adzim

Aktres TV Popular: Emma Maembong

Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman

Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura

Penyampai Radio Popular: Haiza

Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan

Artis Komedi Popular : Joey Daud

5 kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular:

Gandingan Serasi Drama Popular: Anna Jobling & Shukri Yahaya

Gandingan Serasi Filem Popular: Emma Maembong & Iedil Putra

Lagu Paling Boom Popular: Nurcinta – Amir Masdi

Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin

Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Kumpulan Alleycats

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok