‘Lelaki curang tak layak jadi imam keluarga’

MUTAKHIR ini, entah kenapa kerap betul nama Isa Khan muncul dalam media sosial.

Selepas diteliti, rupa-rupanya Isa rajin mengulas isu semasa dan mungkin disebabkan itu perkongsiannya dalam Threads sering tular.

Terbaharu, dia melontarkan pandangan lelaki yang bermain kayu tiga tak layak menjadi ketua keluarga.

“Lelaki yang curang dengan isteri tidak layak untuk dijadikan imam dalam keluarga,” katanya.

Isu curang pula hangat diperkatakan dalam media sosial dan apabila muncul pendapat begini, memang ramai setuju.

Cuma satu sahaja Diva nak pesan, jangan terlalu lantang, risau apa yang kita perkatakan terpalit diri sendiri.

Berpada-padalah bersuara dalam media sosial, kadang apabila seronok ramai beri respons kita lupa diri sampai semua perkara nak komen atau tunggang.

DIVA: Ramai lega kes cerai Nubhan dan bekas isteri sudah berakhir

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok