SELEPAS meledak dengan lagu Angkat dan Serumpun, Mimi Fly terus terbang dengan karya-karya nuansa Nusantara.
Terbaharu, dia muncul dengan lagu Temberang yang merupakan ciptaannya bersama Bo Amir Iqram dan kini boleh distrim dalam semua platform digital.
Temberang yang sarat dengan lirik sinikal itu ibarat senjata Mimi melawan dunia penuh hipokrasi dan kepura-puraan.
Muzik video rasmi yang dilancarkan pada November lalu meraih lebih 500,000 tontonan dan rata-ratanya memuji usaha berterusan Mimi mengangkat elemen budaya Melayu dalam lagu-lagunya.
“Tahniah Mimi, masih kekal dengan promosi budaya Melayu dalam lagu.
“Muzik klasik tetapi dimodenkan. Penyanyi lain perlu berani mencuba dan hasilkan karya keluar kotak macam Mimi,” puji netizen.
Namun, tidak kurang juga ada yang melemparkan komen negatif dengan berpendapat tiada kelainan dalam setiap lagu-lagunya selain kedengaran sama. – HIBGLAM

MIMI kini hadir dengan single baharu dengan suntikan Nusantara berjudul Temberang.
