‘Saya nak jadi doktor gigi yang ‘chill, cool”

BEKAS isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah menegaskan tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang selebriti sebaliknya kekal dengan kerjayanya sebagai doktor gigi.

Menurut Afifah, dia hanya mahu menjadi seorang pakar perubatan yang bersifat lebih santai selain mengakui kebergantungan kehidupan zaman sekarang adalah terhadap dunia media sosial.

“Saya nak jadi doktor gigi yang ‘chill’ dan ‘cool’ saja.

“Tak kisahlah awak cikgu, doktor atau doktor gigi sekali pun, dunia sekarang sudah berubah, banyak bergantung pada media sosial,” katanya dalam platform Threads.

Dalam pada itu, dia memberitahu tidak pernah mengejar untuk menjadi seorang anak seni yang terlibat dalam bidang nyanyian mahu pun lakonan.

“Bukanlah saya nak jadi pelakon atau penyanyi.

“Saya tahu siapa diri saya dan hanya nikmati laluan hidup ketika ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Afifah berkata dia tidak menolak kemungkinan menceburi bidang seni jika menerima tawaran yang sesuai.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 November lalu mengesahkan Nubhan bercerai kali kedua dengan Afifah.

Nubhan dan Afifah berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok