‘Jumpa saya depan-depan, kalian akan tahu saya sebenarnya cantik’

 “That was a joke (itu hanya gurauan).”

Demikian kata penyanyi Ernie Zakri apabila ada sebilangan pihak yang bertindak memperlekehkan impiannya pernah memasang cita-cita untuk bergelar seorang pramugari.

Ernie, 33, atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, impian itu dipupuk kerana ramai dalam kalangan ahli keluarganya pernah bekerja di awan ibu termasuk ibu saudara, Ziana Zain dan Anuar Zain (bapa saudara).

“Hanya berseloroh sebab saya ada keluarga yang menjadi anak kapal. Jadi, dengan glamor, mekap dan rambut mereka, mestilah waktu kecil saya nak jadi begitu (juga).

“Bukan satu benda yang serius pun. Saya okey je kadang-kadang ada yang cakap — saya tak cantik untuk jadi pramugari, saya tak ambil hati pun.

“Jumpa saya depan-depan kemudian kalian akan tahu yang saya sebenarnya cantik,” ungkapnya seraya tertawa menjawab soalan terbabit.

Jelas pelantun lagu Gundah itu lagi, semua itu sekadar impian dan tidak pernah mengikuti sebarang temu duga untuk bekerja sebagai pramugari.

“Impian masa kecil je sebenarnya. Saya tak pernah cuba pun (pergi temu duga).

“Selalu menanam perasaan kalau tak jadi pemuzik mungkin saya boleh jadi pramugari sebab saya suka ‘look’ glamor kerjaya itu. Itu memang diri saya sejak dulu (kecil),” katanya.

Terdahulu, Ernie mendedahkan pada showcasenya pernah memasang impian untuk menjadi seorang pramugari sekiranya tidak bergelar guru vokal atau penyanyi.

Menurut Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, kerjaya tersebut dilihat sesuai dengan karakternya yang mesra dengan orang di sekeliling.

“Saya memang suka jadi pramugari tetapi nak bertugas di penerbangan kelas bisnes sahaja,” dedahnya pada showcase A Letter From Ernie Zakri di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) di sini, baru-baru ini. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok