PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa pelik dengan sikap segelintir individu yang berpenampilan cantik dan wangi, namun culas menjaga kebersihan diri sewaktu menggunakan tandas awam.
Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, perkara kecil seperti mencuci tangan dan membersihkan tandas selepas digunakan sepatutnya menjadi amalan asas setiap orang.
Bila gadis cantik, ‘handbag’ mahal, ‘perfume’ bau kuat tapi bila keluar tandas tak cuci tangan, pelik.
“Betul-betulkan rambut depan sinki, terus jalan,” katanya dalam Threads.
Pun begitu, pelantun lagu Memerang itu memilih untuk bersangka baik dengan tindakan individu tersebut.
“Husnuzon, mungkin dia dah cuci tangan guna air atau tisu basah dalam tandas.
Atau mungkin dia masuk tandas sebab nak betulkan pakaian, bukan untuk buang air dan terus keluar.
“Apa-apa pun jangan lupa satu benda penting, tolong ‘flush’ jamban,” luahnya.
Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi sama dan menyokong teguran selebriti itu.
“Ayda, betul sangat! Kadang masuk tandas pun rasa nak pengsan tengok perangai orang,” kata seorang pengguna media sosial.
Cantik bukan lesen untuk kurang adab, kebersihan asas pun tak jaga tapi tak pelik, memang ramai macam ni,” tulis netizen.
“Terima kasih Ayda tegur. Saya kerja ‘cleaner’, hari-hari jumpa kes macam ini, memang penat,” ujar pengikut.
Bagaimanapun, ada juga netizen beranggapan situasi tersebut bukanlah sesuatu yang pelik selain meminta ibu dua anak itu menjaga tepi kain sendiri. – HIBGLAM
