Dia sentuh paha, tangan merayap… – Nam Ron

SELEPAS penyanyi nasyid Dr. Fitri Haris mendedahkan diganggu ustaz dan lelaki berpangkat Datuk, terbaharu aktor berkaliber Nam Ron pula berkongsi pengalaman hitam berdepan golongan songsang.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 56, menceritakan pengalaman diganggu lelaki sewaktu usia mudanya.

Pertengahan tahun 90-an, semasa saya berusia 20an saya kerap diganggu lelaki hidung belang yang seksualitinya songsang. Mereka tidaklah berperwatakan lembut seperti darai atau pondan. Ada antaranya bermisai, berjambang, badan sasa, ada yang muda tapi kebanyakan sudah berumur.

“Kisah pertama berlaku ketika saya masih belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Pada hari kejadian, saya menaiki bas mini seperti biasa untuk ke ASK. Seorang lelaki melayu berusia sekitar 40 hingga 50an yang ketika itu saya boleh panggil  pak cik telah datang dan duduk di sebelah saya. Padahal masih banyak lagi tempat kosong.

Saya buat tak kisah. Saya layan ‘view’ dari tingkap bas sambil mengelamun. Lama-lama saya rasa ada tangan sentuh paha saya. Mulanya saya biarkan tapi lama-lama tangan dia merayap nak ke celah kangkang saya. Saya tepis tangan dia. Aman sekejap. Selepas tu dia mula buat balik, kali ini saya tepis kasar tangan dia.

“Saya dah mula bengang tapi sebab dia dah tua dan orang sudah mula ramai dalam bas , saya masih diam. Saya tak mahu dia malu. Dia cuba lagi walau saya dah tepis dengan kasar. Kali ni saya tepis dan saya tenung muka dia. Saya tenung lama dengan perasaan marah. Akhirnya dia turun dari bas tu,” kongsinya.

Tidak terhenti di situ, pelakon filem Paloh itu turut diganggu seorang lelaki Cina dalam tandas sewaktu berada di KLCC.

Kisah kedua di tandas KLCC berlaku lewat tahun 90-an. Saya dah nak habis belajar ketika tu. Dah ada teman wanita (isteri sekarang, Jun Lojong). Hari itu lepas jalan-jalan di KLCC saya ke tandas. Jun tunggu saya di luar tandas. Saya perasan ada seorang lelaki Cina berusia sekitar 40an sedang berlegar-legar. Hanya kami berdua dalam tandas.

“Saya masuk ke dalam tandas untuk buang air kecil. Selepas selesai, saya keluar dan nampak lelaki itu masih di situ. Saya ke sinki untuk cuci tangan dan dia menghampiri saya. Air mukanya kelihatan tak keruan dan nampak terdesak. Bila dia dekat saya pandang dia. Dengan menggunakan isyarat, dia menggenggam tangan lalu diletakkan ke mulutnya. Mulanya saya tak faham, saya ingat dia nak makan tapi tak ada duit.

Bila saya tanya, dia geleng kepala. Dia tunjuk ke arah anu saya dan bawa tangannya ke mulut. Kali ini saya dah agak apa yang dia mahu sebenarnya. Dengan keras saya cakap “no”. Dia tak mahu mengalah dia tahan saya. Dia buka dompet, dia tunjuk duit. Dia cakap berapa saya nak, ambil saja. Ada banyak duit dalam dompet tebal dia. Saya tetap cakap ‘no’ dan tolak dia ketepi. Dia masih merayu dia kata “saya suka Melayu”.

“Saya keluar dari tandas lalu pergi ke arah teman wanita saya. Dia masih mengekori saya. Saya beritahu apa yang berlaku di dalam tandas. Teman wanita saya tenung dia dan dia berlalu pergi,” tulisnya.

Tambahnya lagi, ada banyak lagi kejadian diganggu lelaki songsang pernah dialaminya, namun cukup sekadar dia berkongsi dua cerita tersebut kepada umum.

Kisah lelaki songsang menjadi topik bualan hangat netizen selepas pihak berkuasa membongkar kegiatan sebuah spa di ibu kota yang menjadi tumpuan golongan gay. Seramai 201lelaki termasuk 17 penjawat awam ditahan dalam serbuan tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok