Hakim Syarie, Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas meneliti secara terperinci selain berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan Nubhan selaku plaintif dan Afifah yang bertindak sebagai defendan.
Nubhan melafazkan cerai kali pertama pada 19 Januari 2017 dan rujuk semula pada 21 Januari tahun sama manakala lafaz cerai kedua pada 26 Ogos lalu.
Ketika prosiding berlangsung, Nubhan dan Afifah juga turut mengesahkan fakta-fakta yang telah dikemukakan semasa ditanya sendiri oleh peguam syarie masing-masing dan Hakim Syarie.
Semasa prosiding, Nubhan diwakili peguam syarienya Mohd. Redzuan Ramli manakala Afifah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader.
Pada 26 November lalu, Afifah menarik nafas lega apabila memperoleh hadanah hak penjagaan penuh tiga anaknya.
Menurut Afifah, dia mengakui berdebar sebelum menanti keputusan hadanah tiga anaknya, Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille berusia tiga tahun.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan berita perceraian Nubhan yang melafazkan talak terhadap isterinya di dalam kereta pada 26 Ogos lalu. – HIBGLAM
