Senyuman, ‘pickupline’ Zainal pikat hati Fauziah

SUKA memberi ‘pickupline’ atau kata-kata romantis antara sebab utama hati ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman terpaut pada suaminya, Brigeder Jeneral Zainal Abidin Mohammad Salleh.

Fauziah, 57, berkata, pertemuan mereka diaturkan pelakon Serina Redzuwan pada bulan Jun lalu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebulan selepas perkenalan.

“Semuanya berjalan dengan lancar mengikut kehendak Tuhan. Serina yang aturkan semuanya dari A hingga Z.

Kami berkenalan pada Jun, kemudian selepas sebulan terus dia ajak kahwin.

“Saya terima dia mungkin ketika itu hati tengah kosong, selepas jumpa dia terus tersuka pula.

Sebelum ini saya kata tak nak (ada pengganti), tiba-tiba dia hadir, saya terima,” katanya ditemui pada majlis pelancaran album terbaru Shila Amzah, SA25, di sini, hari ini.

Selain mengisi kekosongan hidup, Fauziah berkata senyuman manis Zainal antara yang memikat hatinya.

Selain senyuman, dia suka beri ‘pickupline’ kepada saya cuma tak bolehlah nak kongsi kepada semua.

“Alhamdulillah anak-anak semua okey asalkan saya bahagia dan gembira,” ujarnya.

Meski sedar tempoh perkenalan mereka singkat, Fauziah berkata, proses mengenal hati budi boleh terus dilakukan selepas berkahwin.

“Kalau kita nak kenal orang sebenarnya lama mana hidup bersama, sebenarnya kita tak kenal pun.

Bagi saya, biarlah kita bersama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan sepanjang melayari alam rumah tangga, itulah kunci utama,” ujarnya.

Sementara itu, Zainal yang mempunya tiga cahaya mata dari perkahwinan terdahulu menyifatkan perkahwinan dengan Fauziah takdir Tuhan yang terbaik buatnya.

“Mungkin Allah SWT yang takdirkan semua sehingga berjalan dengan lancar ditambah pula saya sudah single selama lapan tahun

Saya bawa Fauziah jumpa anak-anak dan keluarga, mereka serasi. Kemudian keluarga pun setuju dan sukakan Fauziah lebih daripada mereka suka saya.

“Alhamdulillah, saya rasa Allah lorongkan dan permudahkan semua,” tuturnya.

Terdahulu, Fauziah menamatkan zaman janda selepas Shila memuat naik perkongsian memaparkan dia selamat diijabkabulkan dengan Zainal dalam sebuah majlis sederhana pada 22 November lalu.

Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon Datuk ND Lala pada1989 dan dikurniakan empat zuriat. Mereka bercerai selepas 34 tahun hidup bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok