PELAKON veteran Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di kediaman mereka, hari ini kira-kira pukul 9.10 malam hari ini.
Anak kedua seniman itu, Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan khabar duka tersebut menerusi muat naik Instagram.
Ayah saya meninggal (dunia) waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” coretnya ringkas.
Menurut laporan sebuah portal, Al Syafiq baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya.
Pada Julai lalu, HibGlam melaporkan keadaan Dharma merosot apabila berat badannya turun mendadak ke 45 kilogram (kg).
Difahamkan pelakon berusia 68 tahun itu menghidap pelbagai penyakit seperti asma, bengkak bahagian jantung dan paru-paru, gastrik serta mempunyai masalah tiroid.
Sebelum ini iaitu sekitar 2019 Dharma pernah mengalami serangan angin ahmar yang mengakibatkan pertuturannya terjejas.
Berikutan kesan strok serta beberapa masalah kesihatan lain, daya ingatannya turut terjejas sekali gus menyebabkannya tidak lagi mampu bekerja.
Selain Syafiq, 36, Dharma juga dijaga anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang juga masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). – HIBGLAM

Anak kedua Allahyarham Dhama mengesahkan bapanya meninggal dunia.
