5
GELAGAT Aisha Retno bertemu aktres Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo di Singapura baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Bukan sahaja terhibur melihat keterujaan Aisha bahkan ramai melayangkan pujian terhadapnya apabila anggun menggayakan busana ada elemen batik.
Cantik menggayakan dres merah jambu, Aisha dilihat memakai korset yang menggunakan kain bermotifkan batik selain mempunyai juntaian manik bercorak bunga.
“Bagus Aisha bawa batik ke persada dunia, bangga!
“Artis lain kena contohi Aisha, bawa identiti Malaysia ke acara antarabangsa,” ujar netizen. – HIBGLAM
