‘Allah Maha Segala-galanya, Kamal Adli adikku yang baik’

AKTRES Ellie Suriaty memberikan sokongan kepada pelakon Kamal Adli yang kini melalui proses mahkamah membabitkan permohonan perceraian difailkan isteri, Uqasha Senrose.

Pemilik nama sebenar Ellie Suriaty Omar, 55, berkata rakan seperjuangan dalam industri seni itu merupakan lelaki yang baik selain menzahirkan ucapan khas buatnya.

“Allah Maha Segala-galanya. Hari Lelaki Sedunia buatmu adikku yang baik Kamal Adli,” tulisnya di Instagram Story disertai emoji berbentuk hati.

Terdahulu, Kamal yang ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding kes perceraian masih ingin mempertahankan ikatan perkahwinannya.

“Saya akan fight (berjuang) sampai Allah kata sudah la Kamal,” ujarnya ketika ditemui media, semalam.

Uqasha juga pelakon memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Prosiding seterusnya dijadualkan pada 18 Disember ini dengan membabitkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok