‘24 tahun berkongsi bilik, saya penat, kecewa’

MEMERLUKAN privasi, penyanyi Syada Amzah mendedahkan tidak pernah mempunyai bilik sendiri sepanjang 24 tahun kehidupannya.

Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah berkata, ketiadaan ruang bersendirian kadang kala mencetuskan tekanan buat dirinya.

Saya sangat penat, nak tidur balik dah la susah. Bangun rasa kecewa dengan kehidupan. Stres, saya rasa saya memerlukan bilik saya sendiri.

“Mahu ruang selamat saya sendiri. Sepanjang hidup saya, 24 tahun hidup bilik berkongsi,” katanya dalam perkongsian di Threads.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah itu turut menyatakan situasi dilalui mendorongnya mempertimbangkan hal berkaitan perkahwinan.

“Itu salah satu sebab kenapa saya berubah fikiran daripada nak kahwin secepat mungkin kepada nanti-nanti sajalah.

Sebab saya tidak boleh ada orang di ruang saya, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan cadangan yang diharap dapat menenangkan perasaannya.

“Pergilah ‘me time’ untuk hiburkan hati. Boleh sahaja cari tempat yang harga berpatutan,” tulis pengikut.

Kena cari ruang sendiri. Kecil pun okey, asalkan awak ada ruang yang diingini. Awak boleh,” tulis seorang pemilik akaun Threads lain.

Terdahulu, Syada juga dikenali sebagai pempengaruh yang aktif menggunakan laman sosial untuk berkongsi hal kerja serta aktiviti hariannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok