‘Tak pasti doa anak yatim mana satu Allah makbulkan’

SEBELUM ini Diva perasan beberapa selebriti tanah air termasuk Anzal dan Zizan Razak suka menderma dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Kata orang, kalau bantu orang susah, nikmatnya pasti akan dirasai oleh si pemberi dalam pelbagai bentuk.

Menurut Anzalna, dia menerima rezeki tidak disangka dan merasakan itu hasil doa anak yatim yang pernah dibantunya.

“Tak pasti doa anak yatim yang mana satu Allah SWT makbulkan. Sebenarnya tak banyak pun saya belanja, cuma tanya apa yang mereka teringin nak makan. Niat saya cuma mahu gembirakan hati mereka.

Tetapi pada hari yang sama juga, Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka kepada saya. Bila Allah nak bagi, sekelip mata sahaja boleh berlaku.

“Bukan nak riak, cuma ingin berkongsi supaya kita semua ingat bahawa sekecil apa pun kebaikan, pasti ada ganjarannya di sisi Allah,” katanya.

Bagi Diva apa yang dikongsi Anzalna itu ada benarnya. Tidak kiralah kecil atau besar sumbangan kita, pasti akan dibalas dengan rezeki luar biasa dan dalam pelbagai bentuk satu hari nanti.

Semoga usaha Anzalna yang suka menderma dan menggembirakan golongan memerlukan menjadi ikutan orang ramai.

DIVA: Sehingga kini masih ramai mempertikai kemenangan filem Babah di Festival Filem Malaysia ke-34.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok