Rindu, Kamal kongsi gambar Uqasha, anak

RINDU tidak berpenghujung, tindakan pelakon Kamal Adli berkongsi gambar bersama isterinya, Uqasha Senrose ketika rumah tangga mereka dilanda badai mengundang sebak khalayak.

Walaupun kemelut dalam perkahwinan mereka sudah memasuki proses naik mahkamah, aktor berusia 39 tahun itu tampak masih meletakkan suri hatinya di tempat utama dapat hidupnya.

Malah hantaran berkenaan juga secara langsung menunjukkan kerinduan mendalam terhadap isterinya selepas dia tidak dapat berkomunikasi dengan wanita itu.

Lebih menggandakan telahan berkenaan rasa rindu menggunung terhadap dua insan kesayangannya itu adalah apabila Kamal memuat naik pula video anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

Hanya disertai kapsyen ringkas, video yang menunjukkan si kecil berusia 18 bulan itu riang berlari di taman menyentuh hati netizen.

Tiada apa di sini… hanya rindu,” tulisnya, sekali gus bagai menggambarkan perasaan sayu seorang bapa.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan aktor terbabit selain menitipkan agar jangan berputus asa selain memperbanyakkan berdoa kepada Allah.

“Banyakkan berdoa ya Kamal agar lembut hati Uqasha,” tulis pengguna media sosial.

Manja dia (Hawra) dengan daddy (bapa). Nampaklah anak Kamal Adli ini sangat rapat dengan daddy dia,” kata pengguna lain.

Terdahulu, Uqasha membuat permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Bagaimanapun, pada prosiding pertama kes berkenaan pada 22 Oktober lalu, Kamal gagal menghadirkan diri.

Malah pada 28 Oktober lalu, Kamal memaklumkan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka kerana masih menyayangi wanita itu.

Malah, dia turut memohon netizen agar tidak mengecam isterinya, sebaliknya meminta semua kesalahan diletakkan kepadanya sebagai suami.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok